Monday 18 December 2017

Percutian ke Kota Kinabalu


Percutian ke Kota Kinabalu bersama STEP IN BORNEO Transportation Services Kota Kinabalu, Sabah Borneo!




 Assalamualaikum..


Rancang percutian anda dengan melawat tempat-tempat menarik di kota kinabalu bersama syarikat pengangkutan kami. Syarikat kami menawarkan perkhidmatan pengangkutan Bas Pelancongan yg beroperasi di Kota Kinabalu Sabah ,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Apa yang menarik di Sabah ?

Terdapat pelbagai tempat-tempat menarik di Sabah yang sesuai dijadikan tempat percutian anda sekeluarga. Contoh seperti Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Rumah Terbalik, Mari-Mari Cultural Village, Signal Hill Observatory Tower, Gunung Kinabalu , Kundasang dan sekitar Bandar Kota Kinabalu. 



TEMPAT – TEMPAT MENARIK BERCUTI DI SABAH

1. Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Taman Marin Tunku Abdul Rahman terletak cuma kira-kira 5km dari Kota Kinabalu. Bagi yang merancang menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu dan mencari lokasi menarik untuk diterokai di Sabah, Taman Marin Tunku Abdul Rahman.

Taman Marin Tunku Abdul Rahman terdiri daripada 5 buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

Selain daripada bermandi manda, pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini contohnya di Pulau Manukan anda boleh lakukan aktiviti Sea Walking dan snorkeling. Manakala di Pulau Mamutik anda boleh melakukan aktiviti menyeronokkan seperti  Paragliding dan Banana Boat. Setiap pulau mempunyai aktiviti laut yang tersendiri.

2. Mari Mari Cultural Village

Lawatan Mari Mari Cultural Village terletak di pedalaman jauh dari bandar Kota Kinabalu yang moden dan berkembang. Kampung ini beroperasi sebagai muzium yang mengekalkan budaya etnik Borneo. Ia bertujuan untuk berkongsi pengetahuan, sejarah, budaya, dan tradisi Borneo dengan anda supaya ia tidak dilupakan.













3.  Rumah Terbalik (The Upside Down House Of Borneo)

Rumah terbalik merupakan rumah terbalik pertama yang dibina di Malaysia. Keunikan dan menariknya Rumah Terbalik Tamparuli ini adalah semua yang ada di dalam rumah adalah di susun secara terbalik, dapur terbalik, katil, television, kereta, pasu bunga pun tergantung dengan terbalik.

Bayaran masuk : 

Dewasa - RM12.70
Kanak - Kanak - RM5.30



4. Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Ketinggiannya yang mencecah 4,095 meter dari aras laut. Aktiviti yang dilakukan disini ialah mendaki Gunung Kinabalu. Di sepanjang pendakian, pendaki dapat melihat keunikan flora yang tidak dijumpai di tempat lain.








5. Desa Cattle Dairy Farm

Terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu, Desa Cattle Dairy Farm menawarkan salah satu pemandangan yang paling menakjubkan yang boleh dibayangkan. Disini merupakan sebuah ladang ternakan tenusu yg dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara. Ramai yang mengatakan suasana di sana seperti berada di New Zealand. 

Antara aktiviti menarik disini ialah:
- Memberi susu botol kepada anak lembu
-Memberi kambing makan rumput.
-Berpeluang untuk melihat proses memerah dan memproses susu lembu serta berpeluang membeli susu segar dan ais krim dari ladang ini.

Bayaran masuk :

Dewasa - RM5.00
Kanak-Kanak - RM4.00


6. Kundasang War Memorial


Kundasang War Memorial merupakan lokasi  bersejarah yang menceritakan pengorbanan askar-askar British dan Australia mempertahankan negara  daripada Jepun ketika perang dunia kedua pada tahun 1945. Di sini terdapat 4 taman / garden yang menempatkan monument-monumen bersejarah iaitu British Garden, Australia Garden, Borneo Garden dan Contemplation Garden. Tiket masuk bagi warganegara ialah RM2.00




7. Kg Luanti Fish SPA


Fish Massage dianggap mempunyai
kesan penyembuhan pada mereka yang
mengalami psoriasis. Datang ke Kampung Luanti untuk rawatan teratur ikan dan anda akan menikmati kulit yang lebih licin dan sihat


Bayaran masuk :
Dewasa > 18 tahun - RM5
Kanak-kanak < 18 tahun - RM2


8. Kinabalu Park

Kinabalu Park adalah satu tempat yang harus dikunjungi bila melawat ke Sabah. Yang menariknya di sini adalah pengunjung boleh melihat Gunung Kinabalu dengan jarak dekat serta menikmati pemandangan yang sangat cantik dan juga menikmati suhu yang sejuk.









9. Poring Hot Spring

Antara tempat menarik di Sabah yang juga sering dikunjungi oleh Pengunjung ialah Poring Hot Spring. Poring hot spring sangat terkenal dengan kepanasan air yang ada di sana. Poring merupakan kawasan tadahan air panas semula jadi yang datangya dari aliran air gunung. Kawasan tempat bermandi manda ini sangat sesuai dijadikan tempat percutian menarik bagi keluarga.











Selain daripada mata air panas, terdapat juga beberapa tempat menarik yang ada di Poring seperti :

-Taman Kupu-Kupu
-Jambatan Kanopi
-Air Terjun Kipungit
-Gua Kelawar
-Air Terjun Langanan


Jadi rugilah anda jika datang ke Poring dengan hanya bermandi-manda :D . Manfaatkan masa percutian anda dengan melawat tempat-tempat menarik di Poring untuk dijadikan kenangan anda.



10. Sabah Tea Garden


Teh Sabah adalah satu-satunya ladang teh organik di Borneo. Kunjungan ke sini dapat memberikan pengunjung pengetahuan serta pengalaman dalam pemprosesan teh. Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti melawat ladang teh organik, melihat cara proses teh di kilang, membeli cenderahati terutama produk berasaskan teh dan menjamu selera di cafe yang disediakan.











Menarik kan Percutian di Sabah? Jadi rancanglah percutian anda bersama keluarga mahupun rakan anda dengan melawat kesemua tempat yang dicadangkan tadi.

Jika anda ingin membuat lawatan ke Sabah secara rombongan dan memerlukan perkhidmatan Pengangkutan Bas Persiaran, Syarikat kami ada menyediakan perkhidmatan bas persiaran yang beroperasi di Kota Kinabalu.

#PercutiankeKotaKinabalu

Pihak syarikat juga menyediakan Perkhidmatan seperti:

*Lawatan Individu
*Lawatan Percutian Hari Keluarga
*Lawatan Syarikat / seminar / Kursus
*Lawatan Organisasi
*Lawatan ( Murid ,Pelajar )Sekolah / Kolej / University
*Perkahwinan dan lain-lain.


-------------------------------------------------------------------------------------------

Kami menawarkan pakej percutian :
** 2Hari1Malam
** 3Hari2Malam
** 4Hari3Malam
** 5Hari4Malam

Seater Bas yang disediakan :
** 9-11 seater
** 25-26Seater
** 29 Seater
** 40 Seater
** 44 Seater

-------------------------------------------------------------------------------------------

HARGA PERJALANAN TERMASUK. :

** Pengangkutan Sepanjang Lawatan
** Driver & Tour Guide
** Minyak & Parking
** Tour Program sebagaimana dalam Itinerary ( Pelanggan boleh mencadangkan
jadual perjalanan sendiri)

HARGA TIDAK TERMASUK :

** Makan Minum
** Bayaran Masuk
** Penginapan

NOTES : Pemandu / Tour Guide akan cadangkan tempat makan dan akan bawa ke
Restaurant


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk tempahan & maklumat lanjut, sila hubungi, SMS / WHATSAPP/EMAIL :
En. Raflan : 016- 384 0147

No Pejabat : 088 473 662
Email : stepinborneo@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/Step-in-Borneo-Transport-Services-149807808837777/